Salam sejahtera, disini kami ingin memberikan beberapa tips pembuatan kabinet dapur dari segi bahan, dan proses. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila ke laman "Hubungi" dan isi kan borang pertanyaan dan tempahan.
Perkara pertama didalam proses pengubahsuaian rumah adalah semestinya mengambil kira keluasan dalaman / bahagian yang hendak diubah suai atau membuat sesuatu penambahan kabinet dapur. Kedudukan sinki, dapur, peti ais dan ketuhar adalah aspek dan perkara terpenting untuk diambil kira sebelum proses pengubahsuaian.
a) Sinki
b) Dapur
c) Peti Ais
d) Ketuhar
a) Sinki
Sinki adalah sesuai sekali berada berhadapan dengan tingkap. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguna namun ia juga boleh mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah. Cahaya matahari dan angin dari tingkap juga memberikan peranan penting yang dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih cepat. Ini juga merupakan salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.
d) Nyatoh
b) Dapur
Untuk bahagian dapur pula, ia adalah lebih sesuai diletakkan berhampiran dengan sinki. Ini dapat memudahkan pengguna untuk kerja-kerja pembersihan selepas aktiviti memasak. Terdapat juga beberapa rekabentuk kabinet dapur yang bersertakan penyedut asap (Hood) yang berfungsi mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih cepat dan menjadikan udara didalam dapur anda senstiasa dalam keadaan selesa.
c) Peti Ais
Peti Sejuk merupakan salah satu peralatan dapur yang besar dan memerlukan ruagn yang luas, kedudukan yang sesuai untuk peti ais ini kebiasaannya adalah di sudut hujung dapur supaya menjadikan ruang dapur akan kelihatan lebih luas dan selesa. Kebanyakan perekabentuk kabinet dapur akan meletakkan peti ais bersebelahan dinding kabinet kerana ini adalah cara terbaik untuk menyembunyikan peralatan dapur yang besar ini supaya keadaan dapur akan lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya terdapat sedikit ruangan yang sesuai diantara kabinet dan peti ais ini supaya sistem pengudaraannya tidak tergangu.
d) Ketuhar
Ketuhar merupakan peralatan dapur bervoltan tinggi dan ianya tidak sesuai diletakkan berhampiran dengan dapur, kebiasannya jarak yang sesuai adalah 3 kaki diantara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat. Ketuhar kebiasaannya memerlukan ruang 600mm x 600mm (atau lebih mengikut ketuhar sedia ada) jika ingin diletakkan didalam kabinet dapur. Terdapat dua pilihan samada ketuhar ingin diletakkan di kabinet bawah ataupun kabinet atas. Tetapi, ketuhar kabinet atas sering menjadi pilihan ramai kerana ketuhar yang diletakkan pada ketinggian yang sesuai mampu memberikan keselesaan kepada pengguna untuk melakukan aktiviti mereka termasuk meningkatkan keselamatan daripada kanak-kanak kecil.
_________________________________________________________________________________
Pernahkah anda mendengar Segitiga Dalam Dapur???
Segitiga ini bermaksud sinki, dapur, dan juga peti sejuk. Sekiranya disusun ketiga-tiga peralatan ini pada tiga bucu segitiga, ia akan memberikan visual dimana besar ruangan dan keselesaan sesebuah dapur tersebut. Kebanyakan perekabentuk menjadikan L shape sebagai pilihan dimana kedudukan peti sejuk akan sebaris bersama-sama dengan dapur memasak.
Cahaya dan Aliran Udara
Cahaya dan aliran udara yang baik adalah perkara terpenting untuk menjadikan dapur anda selesa. Ini juga menjadikan ruangan dapur anda akan kelihatan lebih cantik, menarik dan besar sekiranya mendapat pencahayaan yang cukup.Dapur yang malap dan gelap memberikan faktor bahaya yang sangat tinggi dimana dapur adalah tempat memasak dan semestinya menjadi tempat peralatan tajam seperti pisau, garpu dan peralatan-peralatan merbahaya yang lain. Dengan ini, pencahayaan adalah amat penting dan kebiasannya akan dikaitkan dengan faktor perwarnaan. Pilihan warna yang terang juga memberikan impak selesa dan ruangan yang tampak lebih besar serta sekaligus memberikan suasana yang selamat dan selesa. Tidak ketinggalan juga, aliran pengudaraan yang baik adalah amat-amat diperlukan kerana dapur merupakan bahagian rumah yang mempunyai aliran pengudaraan yang tidak stabil terutamanya ketika memasak dan haba dari ketuhar ataupun dapur memasak akan menjadikan anda tidak selesa,sesak dan berbau.
_________________________________________________________________________________
Pilihan bahan asas Kabinet Dapur
Untuk pilihan bahan asas kabinet dapur, terdapat beberapa aspek dan bahan yang sering digunakan seperti :
a) Melamine
b) Particle board
c) MDF (Medium Density Fibreboard)
d) Nyatoh
e) Blockboard
f) Aluminium
g) Plywood
a) Melamine
Saiz (mm) : 1220 x 2440, 920 x 2140
Tebal (mm) : 9-25mm
Ciri-Ciri :
- Mempunyai ciri-ciri serupa seperti particle board dan MDF tetapi mempunyai permukaan yang nipis,licin
dan pelbagai pilihan corak dan warna siap.
- Murah dan pilihan ekonomi
- Menjimatkan masa ketika proses pembuatan
- Sangat Berat
- Kalis Air dan Tidak Kalis Air
- Jangka hayat 3-4 tahun mengikut cara penjagaan
- Mempunyai pelbagai warna untuk pilihan
b) Particle Board
(Mempunyai rupa dan spesifikasi yang serupa dengan Melamine tetapi particle/kandungan di bahagian tengan lapisan lebih sedehana kasar dan cepat pecah jika cara pembuatannya tidak betul)
Saiz (mm) : 1220 x 2440, 920 x 2140
Tebal (mm) : 9-25mm
Ciri-Ciri :
- Murah
- Menjimatkan masa ketika proses pembuatan
- Berat
- Tidak Kalis Air
- Jangka hayat 3-4 tahun mengikut cara penjagaan
- Mempunyai pelbagai warna untuk pilihan (laminate)
c) MDF (Medium Density Fibreboard
(Mempunyai rupa dan spesifikasi yang serupa dengan Melamine dan Particle Board tetapi particle/kandungan di bahagian tengan lapisan lebih halus dan padat serta mempunyai daya ketahanan yang lama dan amat sesuai digunakan untuk pembuatan kabinet dapur dan sering menjadi pilihan)
Melamine & MDF juga sesuai digunakan untuk membuat table top kabinet dan kebiasaanya digandakan dan dilapik dengan laminate.
Saiz (mm) : 1220 x 2440, 920 x 2140
Tebal (mm) : 9-25mm
Ciri-Ciri :
- Murah
- Menjimatkan masa ketika proses pembuatan
- Berat
- Kalis Air dan Tidak Kalis Air
- Jangka hayat 5-6 tahun mengikut cara penjagaan
- Mempunyai pelbagai warna untuk pilihan (laminate)
d) Nyatoh
- Sejenis kayu keras ringan yang amat diminati ramai untuk konsep dapur sehingga ke hari ini
- Kayu gubalnya yang agak jelas
- Warna teras kayu merah jambu atau coklat kemerahan
- Jangka hayat yang lama untuk rosak mengikut cara penjagaannya
- Bermutu tinggi dan mahal
- Sesuai dijadikan perabot, pintu kabinet, lantai dsb.
- Mempunyai pelbagai warna untuk pilihan
e) Blockboard
Saiz (mm) : 1220 x 2440
Tebal (mm) : 15m & 18mm
- Kadar ketahanan yang tinggi
- Lebih mahal daripada plywood sandwich
- Ringan dan Kuat
- Boleh bertahan sehingga 10 tahun mengikut cara penjagaannya
- Amat sesuai digunakan untuk amat sesuai digunakan untuk pembuatan kabinet dapur dan sering menjadi
pilihan.
- Mempunyai pelbagai warna untuk pilihan (laminate)
f) Aluminium
Kabinet dapur ini sedang pesat dipasaran kerana daya ketahanannya. Produk ini asalnya dari DUBAI dan telah diperluaskan penggunaannya di Malaysia serta mempunyai kelebihannya tersendiri :
- Kalis anai-anai
- Kalis minyak
- Sangat mudah untuk dicuci dan dibersihkan
- Kalis Air
- Boleh diubah konsep warnanya mengikut warna pilihan pelanggan
Produk ini lebih banyak menggunakan frame serta setiap sambuangannya yang diperbuat daripada aluminium dan kebiasaanya akan disertakan dengan 3G sebagai kemasan.
g) Plywood
Saiz (mm) : 1220 x 2440, 920 x 2140, 1250 x 2500
Tebal (mm) : 2.7mm, 3.6mm, 5.2mm, 6mm, 12mm, 15mm, 18mm
Plywood juga adalah salah satu jenis bahan yang sesuai digunakan untuk pembuatan kabinet dapur dan sering menjadi pilihan. Mampu bertahan lama dan kuat.
_________________________________________________________________________________
Bahan Kemasan dan Pintu Kabinet Dapur
Setiap kali untuk membuat perancangan pintu dan kemasan kabinet dapur, aspek bahan kemasan adalah penting untuk memuaskan kehendak diri sendiri. Ini kerana, bahagian ini sememang nya menjadi bahagian terbesar dalam bahagian kabinet dapur dan menjadi pandangan pertama ketika melihat. Terdapat pelbagai jenis rekabentuk yang diguna pakai diantaranya ialah :
- English style
- Modern
- Traditional
Pemilihan bahan dan jenis adalah seperti berikut untuk bahagian kemasan dan pintu dapur anda :
a) Nyatoh
b) Melamin
c) Plywood dilapik laminate (Fomika)
d) Blockboard dilapik laminated (Fomika)
d) Acrylic (bahan plastik seakan-akan kaca dan berkilat)
e) Glass (Kaca)
f) Aluminium
Apakah laminate / formika?
Formika merupakan satu pilihan kepada pelanggan dan perekabentuk kabinet kerana ia mudah didapati, pelbagai pilihan corak dan warna.
Apakah acrylic?
Acylic adalah sejenis bahan plastic yang digunakan untuk membuat Kabinet dapur 3G, bahan ini mempunyai pelbagai pilihan warna samada dalam bentuk glossy (berkilat), transparent glossy (lutsinar dan berkilat), (permukaan tidak berkilat) dan sebagainya.