Wednesday, March 26, 2014

Sweet Home Renovation & Interior Design


Sweet Home Renovation & Interior Design adalah syarikat bumiputera yang diterajui dan dimulakan oleh seorang pemuda yang berkelulusan didalam bidang merekabentuk (Engineering CAD & CAM).

Berpengalaman didalam sektor pembinaan komersial di Malaysia mahupun di Eropah dan telah diiktiraf jawatan tinggi oleh syarikat bekerjanya dan telah memberikan khidmat selama 3 tahun. Berlatar belakang kan pengalaman yang luas didalam industri komersial dalam sektor binaan di Malaysia dan Eropah serta bidang merekabentuk juga telah digunakan sepenuh nya selama 7 tahun bagi merealisasikan impian dan mengikut citarasa pelanggan.

Sweet Home Renovation & Interior Design mampu memberikan kepuasan kepada pelanggannya dari segi kualiti produk dan perkhidmatan, ini menjadikan lagi kepercayaan dan keyakinan pelanggan kepada syarikat kami adalah tinggi. Kami juga menjanjikan produk syarikat kami adalah tulen dari segi rekabentuk sendiri dan yang pastinya memukau dan menambahkan lagi keyakinan pelanggan untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Akhir kata, "Feel Comfort with Sweet Home" adalah moto yang dipilih untuk menjadikan syarikat bumiputera kami ini adalah syarikat perhiasan dalaman yang mampu memberikan saingan dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik.